Monday 14 November 2011

Bengkel dan Pertandingan Bot Laju

14-11-2011 - Semalam,beberapa pelajar Tingkatan 1,2,3 dan 4 telah menyertai Bengkel Dan Pertandingan Bot Laju Peringkat Daerah yang diadakan di Makmal Sains sekolah yang letaknya berhampiran bengkel sekolah .Aktiviti ini bermula pada pukul 7.30 pagi. Semua pelajar yang terlibat telah dipanggil ke makmal Sains untuk tujuan kehadiran.

Kemudian , pelajar-pelajar yang terlibat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan Kumpulan B . Kumpulan A terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan 2 manakala kumpulan B pula terdiri daripada Tingkatan 3 dan 4. Acara bermula dengan kumpulan A sehinggalah waktu rehat berakhir barulah kumpulan B akan mulakan acara. Semua pelajar yang menyertai semuanya mempunyai daya kreativiti yang mantap dimana mereka mampu mencipta bot mereka dengan keunikan dan mampu berfungsi dengan baik seperti apa yang  telah ditetapkan .

Setelah menjelang waktu tengah hari , semua pelajar dikehendaki mengumpulkan kesemua bot. Kemuadian , Semua bot diletakkan di trek dan acara bertanding telah dimulakan . Kuputusan telah dicatat dan pemenang diberikan hadiah setelah berakhirnya pertandingan ini. Pengetua SHAKS iaitu Tuan Haji Abdul Rahim juga hadir untuk penyampaian hadiah . Aktiviti ini berakhirdengan semua pelajar yang terlibat menangkap gambar kenang-kenangan dan balik ke kelas masing-masing selepas itu.

No comments:

Post a Comment