Monday 14 November 2011

Aktiviti Bahasa Melayu

14 -11-2011 - Semua pelajar Tingkatan tiga seperti biasa akan menjalani aktiviti selepas PMR mereka . Kali ini mereka akan mengikuti sebuah aktiviti yang diketuai oleh panitia Bahasa Melayu iaitu Puan Zainurah . Semua pelajar diberikan permainan yang menyeronokkan . Aktiviti ini diadakan di dalam bilik muzik.

Acara bermula pada pukul 11.30 hari setelah semua pelajar telah menjamu selera merka di kantin sekolah. Aktiviti dimulakan dengan permaianan bahasa seperti teka silang kata .mengisi ruangan pantun dan lain-lain lagi. Puan Zainurah juga telah mengadakan aktiviti meneka sesuatu dengan mulut tertutup dimana telah mendapat perhatian pelajar yang amat mengagumkan. Aktiviti ini memerlukan kerjasama dan tidak kurang pula kehebatan diri dalam kosa kata bahasa melayu. Namun begitu , setiap kumpulan mampu memberi perkataan yang betul setidak-tidaknya satu bagi setiap kumpulan.

Aktiviti kemuncak telah diadakan pada sebelah petang iaitu Explorace . Kami dibahagikan kepada 10 kumpulan .Semua pelajar memberikan kerjasama yang banyak kepada guru yang terlibat. Semua pelajar Tingkatan 3 pulang pada pukul 4.30 setelah kumpulan yang menjadi pemenang diumumkan..

No comments:

Post a Comment